Jumaat, 9 Mac 2012

Rempah Ratus Hijrah dalam kehidupan Episod 1:Bilik Kecil di tengah bandar..

Assalammualaikum...

Maha Suci Allah yang menjadikan setiap kebaikan buat hambaNya...

Seruan Hijrah berkumandang lagi...saya sedang mengira detik demi detik untuk kami menginsafi kehidupan yang tiada bernoktah..Memulai hijrah dari status bujang kepada "married" tanpa melalui status "couple"..kami menyemai cinta dari tarikh kami bergelar suami dan isteri...Maka,bermula perjalanan kehidupan kami dari sebuah bilik kecil di sebuah rumah banglo mewah di tengah bandar, ke apartment tingkat 3 di kota metropolitan, kemudian dijemput bermukim sementara di perbatasan Elit Cyber atas tugasan kerja yang baru bermula, hampir selangkah ke Bandar serba ada Putrajaya walaupun masih mengekalkan ruang desa saujana mata memandang..kami menetap di rumah bertanah semi-D setingkat hampir di desa putra. Kemudian hijrah kami masih diteruskan di perbatasan sempadan Taman Desa,masih di rumah semi-D setingkat dan jodoh kami dengan setiap rumah sewa yang diduduki jarang kekal lama hinggalah di asak merasa penangan rumah teres 2 tingkat di kawasan penempatan yang sama. Mula pindah dalam keadaan sarat mengandung menyebabkan sedikit rasa ketidakselesaan memandangkan pergerakan turun naik dan ruang kosong yang memerlukan perhatian dan kemasan yang bukan sedikit.


Bilik kecil di rumah banglo 

Rabu, 5 Oktober 2011

Segalanya dengan Izin Allah

Allah...Allah...Allah...

Besar sungguh kuasa Allah...begitu hebatnya ciptaanNya...begitu sempurna tanpa mengurangi sesuatu...

Syukur tidak terhingga dipanjatkan buatMu Ya Allah, Ya Rahman,
Ya Rahim...Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah...

SMS 26 RAMADHAN 1431H...

"Ameen ameen ya rabb..wp br buka 1cm,air ketuban ein kurang,tiada yg mustahil...tlg doakan shbatmu y byk bdosa ini..."

"salam, ein,in case nanti ein nk ke hospital,dah keluar tanda ke,ein hantar je shafi dan shifa ke rmh ayg. biar kami jaga,ayg xbalik chini sblm raya.tunggu mak chini dtg sini raya pertama..."

"insyaAllah mg dipermudahkan,kami doakan, hantar tau klu nak hantar.kluu tgh malam pun x apa. no prob.jgn risaukan kami ngan shifa shafi. baby baru aulawiyatnya..."

"Nanti kalau dah sakit,nak anta anak tel ya.."

"Salam ain,,ape khabar.."

"Patutla xnampak kat sekolah td..akak doakan dipermudahakan dan selaamt semua..dah bersalin,bgtau nanti..

"Akak doakan ain selamat. Kami kat dewan, Pengetua bagi duit raya...

"InsyaAllah semuanya akan baik2..be strong..may Allah bless u..hasbunallah wa nikmal wakil..

"InsyaAllah..blessed jumuah,bleesed ramadhan..Allah will ease everything n bring joy in ur life..ameen

"Semoga semuanya slmt..dah brp cm? nanti bgtau ye kalau dah bersalin..."

SMS MALAM 27 RAMADHAN 1431H..

Jumaat, 16 September 2011

Nur 'Aishaturahmah bt Shahrul Zaman

Kelahiranmu
Memberi erti keinsafan berpanjangan
Bukti tanda cinta dan kasih
Bukti tanda kekuasaan dan kekuatan
Bukti tanda janji dan kurnia
Bukti tanda besarnya Maha Pencipta
menitipkan seindah hiasan Syurga dunia

Kehadiranmu
tatkala sayu pagi manusia merintih
Menangis dan merayu
agar diampunkan segala dosa
tatkala manusia lain
mengadap rezeki ketika sahur
seorang insan mulia
telah Allah kurnia
menyambut kelahiranmu

Kala itu
seorang ibu terus terusan berdoa
seorang bapa terus terusan merintih
agar dimudahkan dan dipercepatkan
segala urusan kelahiran ini

Maka tatkala itu
Kelahiranmu mengubat segalanya
kesakitan seketika hilang rasanya
menyambut kelahiran insan baru
yang membawa erti bahagia
hidup yang dirahmati
Tuhan pemberi segala

Maha Suci Allah
Yang Menjadikan segalanya
tanpa batas
tanpa balas
tanpa culas

Maha suci Allah
indahnya malam dan pagimu
diwaktu itu
dan aku menjadi saksi
BESAR SUNGGUH KURNIAMU!

Ya Rabbi...
Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
Dan NAbi Muhammad itu pesuruh Allah...

Maka
Sungguh benarlah kata-kata kalamMu
Wahai Allah..
MAha pencinta

Aku Bersyukur
Aku Bersyukur
Aku Bersyukur..

ALhamdulillah...subhanallah..AllahuAkbar!

Memahami tingkatan kehidupan

Alhamdulillah thumma Alhamdullillah wa syukurlillah..

Allah panjangkan lagi usia kita..
Allah izinkan lagi kita menghirup udaranya tanpa perlu dibayar...
Allah beri kita tersenyum dengan keletah anak-anak yang semakin membesar..
Allah beri perasaan sayang dan cinta kita pada insan-insan yang perlu kita beri perhatian..
Allah menitipkan lagi rasa rindu pada ahli keluarga, saudara dan sahabat-sahabat...
Allah masih memberikan rasa sedap pada makanan yang kita makan walaupun makanan tersebut hanyalah Nasi kosong, lada hitam tumbuk dan ikan bakar!
Allah sihatkan kita untuk mengisi hari-hari yang mendatang dengan penuh bertenaga...
Allah izinkan kita berfikir perkara baik-baik dalam hidup...
Allah lapangkan hati walaupun terasa kadang-kadang wang tidak mencukupi...
Allah mudahkan urusan hidup dunia dan akhirat walaupun cabarannya tetap ada...
Allah izinkan kita membuat kebajikan terhadap insan lain..
Allah beri peluang kita bercakap dan menerima kata-kata yang baik..
Allah beri sahabat baik pada kita..
Allah beri kita insan yang sudi menolong saat kita memerlukan...
Allah beri kita kenderaan yang baik untuk kita pergi ke sesuatu tempat..
Allah beri kita rezeki dari pelbagai arah yang kita tidak sangkakan...
Allah kurniakan kita tanggungjawab dan amanah yang mampu kita hadapi dan tangani...

Allah MAha PEngasih lagi MAha penyayang..
Allah Maha pemberi nikmat dan mengurniakan sebaik-baik kurniaan
Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu..
Allahu Syafi, Allahu Kaafi, Allahu Maafi...

Rabu, 18 Mei 2011

Shifa',ana solehah dan pesta buku

Abang Ammar mengusik kakak


"Adik...kenapa gigit kakak?" nada suara ummi sedikit garang. Adik tengok kakak yg sedang menangis. Kakak berhenti nangis dan kini tangannya mahu memukul adik pula.."Kakak!"ummi memanggil kakak sengaja menegaskan suara. Kakak sudah tahu sebab ummi bernada begitu.."Adik buat kakak.." Adunya dalam esak yg sudah semakin reda. "Kakak kan solehah. Kakak yang solehah takkan balas adik kuat-kuat.." Tahu apa reaksi kakak?? "Yeay,kakak solehah" Lantas dia terus cium adiknya..Ummi masih memanggil Ammar, adik. Kadang-kadang panggil abang,kadang-kadang panggil angah dan selalunya memang ummi panggil nama penuhnya 'Ammar Shafi.



Ana Solehah yang diminati kakak

Isnin, 14 Mac 2011

Tsunami dan persepsi

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

TSUNAMI DI JEPUN

Bila dunia ini dikejutkan dengan tsunami di Jepun dan Berita Hairan menggambarkan al-kisah tsunami dari satu sisi yang agak bersifat skeptikal dan dianggap tiada sensitiviti..


Kalaulah saya seorang pembaca yang berusia 10 tahun, saya suka gambar ini..memang benar ultraman berasal dari negara Jepun malahan saya tidak sesensitif orang dewasa yang agak selektif...saya adalah kanak-kanak yang suka malahan mungkin pertanyaan yang akan keluar dari mulut saya akan berkaitan dengan perkara ini contohnya..."kat Jepun kan ada ultraman, kenapa ultraman tak tolong angkat semua kereta masa tsunami berlaku?"...(macam canggih je soalan ini...tp just bayangkan je soalan ini dikeluarkan dari mulut anak-anak zaman sekarang yang bijak...)

KUASA DAN KEHENDAK ALLAH

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah Berkata kepadanya: “Jadilah!” Maka terjadilah ia. (Surat Yasin ayat 82.)"

Allah ada sebab untuk mengkehendaki sesuatu mengikut kehendakNya..hanya ALlah yang tahu..tatkala saya dalam perjalanan pulang bercuti ke Terengganu dan berhenti di R&R dan melihat siaran berita, semua mata pelanggan di kedai yang saya masuki terpaku melihat skrin yang ketika itu menayangkan air laut yang menghempas batang tubuh Negara yang terkenal dengan segala teknologi canggih,amalan kebudayaan yang semakin berkecamuk,agama yang semakin bercampur-gaul,kehidupan yang semakin mengejar keduniaan dan gejala sosial yang hampir sama dengan mana-mana negara termasuk negara kita, Malaysia (dari sisi negatif) dan sisi positif negara itu paastilah mengenai semangat kerajinan dan usaha yang sanagt bersungguh-sungguh juga menghormati budaya ilmu...maka keluar dari mulut seorang pakcik yang sudah sedikit beruban.."teruknya ye..nasib baik Malaysia tak kena macam ni..." saya pasti itu salah satu harapan dan doanya pada negara ini. Kalau lah perkara ini sudah difikirkan sebaiknya oleh pemimpin negara dan alim ulama negara kita, maka akan bermula jadual baru bagi negara kita...solat hajat di setiap masjid untuk keselamatan rakyat negara ini yang berada di Jepun seperti mana solat hajat yang diadakan untuk keselamatan rakyat Malaysia ketika krisis di Negara Mesir dahulu...maka solat hajat hanya untuk mereka yang takut akan Allah dan berusaha diam serta iktikaf di masjid sedangkan konsert Jom Heboh amat berleluasa dengan segala maksiat yang amat menakutkan dan kebarangkalian menjemput tempias kebinasaan yang hadirnya bersifat pukal!

TSUNAMI AKHBAR

Pernah suatu pagi saya menerima nashkah utusan dan saya terkejut dengan tajuk di muka hadapan utusan...semakin jijik pendedahan manusia yang dianggap mengadakan yang tiada. Mereka cerita yang tiada menjadi ada. Sedangkan hanya Allah yang mampu menciptakann manusia daripada tiada menjadi ada. Benar rupanya jika ada sebahagian yang mengiktiraf akhbar utusan sebagai utusan meloya...memang menjijikan...tatkala akhbar lain menerbitkan cerita-cerita yang lain yang tiada sepertinya.

TSUNAMI KEPIMPINAN

Memiliki segala kuasa dan kekayaan adalah idaman mereka yang menggilai perkara ini. Makna kuasa dan kaya bagi mereka adalah menepati KPI massa yang menganggap jika mampu memiliki kuasa mentadbir, dunia yang dipijak sudah berada dalam genggaman. Kepimpinan akan terus Allah kurniakan kepada sesiapa yang telah ditetapkan tuhan samada untuk menguji, memberi erti, membenarkan mereka terus memiliki sementara, meninggikan darjat, meruntuhkan tembok keegoan, mendabik dada, semakin zalim dan ingkar dan akhirnya ada juga natijah kuasa hingga menggangap merekalah tuhan! nauzubillah...maka iktibar terbaik, tatkala Mesir di langgar garuda rakyat yang menentang kepimpinan Hosni Mubarak, dan di Libya, Muammar Gaddafi merentungkan hati rakyat dengan sikap tamak halobanya malahan pencetus api yang memercik umpama gunung berapi pendam selama 100 tahun di Tunisia mengakibatkan tsunami pergolakan politik, sosial,ekonomi dan budaya di seluruh tanah Arab dan gelombang tersebut amat dirasai oleh semua termasuk negara Malaysia yang berhabis jutaan ringgit membawa pulang dan kembalikan semula pelajar Malaysia yang menuntut di tanah mereka... begitulah kuasa Allah memberikan saluran melaburkan kebajikan...:)

TSUNAMI MORAL DAN ETIKA

Kembali kepada realiti dan mencari punca segala masalah yang berlaku terutama dalam hal berkaitan gejala sosial. Di hadapan kita disajikan dengan kehidupan dunia tanpa sempadan. IStilah sempadan gagal ditafsir secara baik dan elok oleh anak muda remaja dan dewasa kita. Di mana sempadan ini mahu ditandakan? Sempadan apa? Maka keluarkan istilah sempadan negara, sempada IMAN, sempadan ilmu, sempadan kehidupan dan ada sempadan facebook,malahan mungkin sempadan google..yakni setakat mana pencarian mereka dan dimana harus mereka berhenti dan mulakan sesuatu yang lebih baik. PErnah seorang guru bertanya kepada anak muridnya iaitu seorang pelajar lelaki yang hilang sudah "dara"nya dek keinginan nafsu tanpa sempadan. Rahsia yang bukan rahsia (disimpan tanpa takut) dalam mesej handset yang dirampas oleh guru tersebut yang sangat prihatin menyebabkan mereka yang tahu keadaan itu membuka mata...seorang pelajar yang baik, kemas orangnya, sedikit lembut dan rajin ada sikap menjijikkan di sebalik tabir dan sisi gelap kehidupannya. Apakah puncanya? seorang remaja perempuan bertudung litup di sekolah dan ketika berada di laman sosial, dialah ratu dalam penampilan dan luas bicaranya malahan perkataan yang digunakan tanpa sempadan bahasa dan adab! Nauzubillah...sempadan yang menggigit perasaan yang sangat mendalam...segalanya tuntutan nafsu tanpa sempadan IMAN dan TAKWA....kasihan dan kecewa atas pelbagai perkara...bermula di rumah, di persekitaran, sumber yang menggalakkan, media yang menyuburkan dan alternatif yang penuh kesilapan. YA ALLAH, bantulah mereka yang berusaha mnyuburkan iman di hati...amein.

SEMANGAT MENITI KEHIDUPAN

Kehidupan pastilah semakin mencabar terutama buat ibubapa yang mengharap setiap kebaikan buat setiap kelahiran anak-anaknya. Dengan segala doa dan harapan yang menjulang tinggi pada segala ketentuan ilahi rabbi pasti menguatkan usaha kita untuk menuntut keredhaanNya dalam setiap perkara. Berusaha agar setiap kurniaan rezeki dalam kerberkatan, dikurniakan bantuan dan kesenangan dan penuh kemuliaan. Perkara ini hanya dinatijahkan dengan kekuatan insan berilmu dan berusaha memahami agama dengan cara yang benar. Memiliki untuk dimiliki kerana manusia adalah tugasnya memberi manfaat kepada orang lain. Memberi dan terus memberi.. Insya Allah natijahnya adalah manfaat dan kebaikan buat semesta! Ameen insyaAllah!



Rindu dalam diam...

AKRAB PERSAHABATAN

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua



Ahad, 13 Mac 2011

Coretan hati disenggang masa cuti...

Alhamdulillah wa syukur lillah...Allah memberi kebaikan dan wajiblah sebagai hamba kita teruskan dengan kesyukuran...

Rindu ummi pada blog ummi sendiri...lama terbiar tanpa pamitan cerita dari yang empunya diri...almaklum semua, kita di dunia yang semakin menuntut pengorbanan masa dan keinginan kepada sedikit kesempurnaan kepada kehidupan...sempurna dalam erti yang kita sahaja fahami. Bagaimanakah kesempurnaan yang anda semua inginkan?..

Coretan tentang kehidupan secara umumnya

Ada manusia merasai kesempuraan dengan kekayaan dan memiliki segala yang patut dimiliki terutama yang melibatkan harta dunia..ramai juga yang sedang berusaha melengkapkan keinginan mengikut aras (KPI) manusia yang sempurna yang memiliki rumah banglo, kereta mewah, insurans yang menjamin kehidupan dan saham pelaburan yang akan menggandakan harta yang diperuntukkan dalam hal tersebut malah segala perniagaan diterokai demi mencapai keperluan hakiki, hakikat dan memenuhi keperluan selain melunaskan kemahuan yang kadangkala bukan sedikit...

Kepuasan hati kita pada sesuatu perkara kadangkala disandarkan kepada kesenangan, kesusahan, keperitan dan kelelahan orang lain...percaya atau tidak sekiranya kita belajar koreksi diri, bahawa setiap perkara yang akan, sedang dan telah kita lakukan amat memerlukan orang disekiling kita untuk merealisasikan atau membantu kita menjadi seperti apa yang kita impikan.
Keputusan untuk berada disuatu tahap kehidupan amat memerlukan orang di kanan dan kiri kita agar bersama memberi khidmat. Sudah tentu yang paling rapat dan dekat ialah keluarga kita..ye kan?? dan kesempurnaan yang abadi hanyalah milik Allah rabbul 'izzati...(Zero defect! hanaya milik Allah) dan kita manusia akan berusaha untuk belajar mencari ksempurnaan dalam laluan dan petunjuk yang MAha Esa...mohon selalu padanya tanpa putus asa...

Pengajaran kehidupan dari anak kecil

"Ummi, tak baik cakap aku..." tegur anakku shifa' ketika mendengar perbualan telefonku dengan sahabat lamaku...sudah terbiasa kami berbual aku kau..."ye sayang..."ummi jawab tersipu...Anak ummi semakin pandai. Dunia semakin diterokainya...balik sekolah akan mula melukis,mewarna menulis...pada awal mengenal kertas dan pensel memanglah ummi cukup bersabar...habis kertas bersepah,pensel patah,dinding rumah berconteng malah dakwat marker pen penuhi lantai rumah!

'Ammar Shafi sudah berlari dan mengemas...bicaranya kurang tetapi kerja sentiasa ada..tempat favorite ialah dapur! suka bawa keluar periuk,pinggan dan seangkatan dengan alat2 tersebut..suka dengan aktiviti menumbuk bawang...suka tidur-tidur ayam sambil kenyit-kenyit mata...dan tabiat yang belum boleh ummi hilangkan dan berusaha hilangkan ialah menghisap jarinya.

Usai solat dan ketika habis memberi salam dan mahu memulakan zikir,kakak minta ummi supaya membenarkan kakak membaca doa.."ummi,shifa' nak doaa..." pintanya lantas terus membaca doa. Lafaz sebelum doa sama macam skrip di sekolahnya..ummi meneka..."Doa ibu bapa...bismillahirrahmannirrahim...Rabbi firli dzunubi waliwalidaiya warhamkhuma kama rabbayani saghira.Ya Allah Ya tuhanku,ampuni dosaku dan doa kedua ibu bapaku,kasihani mereka seperti mana mreka mengasihani ku semasa kecil..ameen"...dan inilah anak abi yang saban hari dihantar abinya ke sekolah dengan berjalan kaki...walaupun sedikit salah tatabahasa arab dean melayunya, ummi masih memahaminya...kakak akan bercerita tentang kawannya yang rajin, baik dan kadangkala bercerita juga karenah kawan-kawan kecilnya yang saling sama membesar dengannya...kakak mula menghafal al-fatihah, doa naik kenderaan, doa mengelakkan dir dari kemudharatan dan selawat2. Kakak akan bercerita mengenai cikgu2nya yang tidak jemu mengajarnya dan cikgunya selalu benar setiap kali mengeluarkan hujah mengenai sesuatu...
" Ummi, cikgu kata...." dan "bukan macam tu ummi, cikgu kata bukan macam tu..." dan ummi sedia maklumi pengaruh guru terhadap anak-anak kecil ini memang cukupp besar...moga cikgu-cikgu berikan yang terbaik buat anak-anak didik semua..insyaAllah..

Ummi terharu...setiap kali kakak mengalunkan doa-doa. Doa kakak itu ummi aminkan dengan penuh rasa cinta, sayang, terharu dan bertanggungjawab...mohon padamu YA Allah mudah-mudahan DiKau pelihara kehidupan anakku dunia dan akhirat..ameen..

Krisis selera makan anak

Pada usia kakak mencapai 3 tahun, ummi pernah menghdapi krisis berat badan kakak yang tidak bertambah..ummi sedikit risau dan kakak kurang berselera ketika makan...
alhamdulillah,berkat usaha dan motivasi yang ummi belajar dari buku2 dan pengalaman orang , berbual dan berkomunikasi dengan anak-anak sambil bercerita ketika makan, membuatkan selera dan imaginasi mereka akan semakin berkembang..contohnya ummi akan cerita tentang sang kancil dan sang buaya selain membawa kakak menonton cerita yang dia gemari...melayan anak-anak makan adalah sangat penting untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan menambat hatinya untuk menikmati makanan tersebut.

Masanya kini, ummi melayan 'ammar makan..dan anak kecil ummi ini akan usaha makan sendiri...dan anak bujang ummi ni amat patuh dengan abinya...alhamdulillah si bujang kecil ini sudah belajar meletakkan botol susu sendiri dan mangkuk yang kotor di tempat yang ummi minta, biasanya di atas meja sahaja kerana ketinggian sinki tidak tercapai oleh si bujang comel ini...sikit masa nanti 'ammar tolong ummi basuh ye...Abang 'Ammar bakal mendapat adik, insyaAllah sedikit masa diizin Allah..Abang 'Ammar sudah perlu belajar duduk di belakang kereta dan bukan di atas riba ummi yang semakin tak larat. Alhamdulillah, abang 'ammar akan diajar oleh keadaan nanti..mudah-mudahan kalian akan lebih memahami dan saling menjagai..ameen

Kesakitan yang mengharukan

Pernah satu ketika, ketika ummi sampai untuk mengambil anak2 di rumah pengasuh, kakak menangis mengadu lehernya ada tulang/duri ikan..sakit katanya...ummi sedikit risau...ketika sampai di rumah,ummi bagi kakak makan roti yang ummi kepal, masih tidak berkurang juga..kebetulan mak usu aka adik ummi hendak datang ziarah...ummi pujuk kakak, bagitau doktor akan datang rumah...kakak menangis bukan kerana takut doktor tatapi sakit katanya..."sakit ummi...huhu...sakit...huwa..." nangis dan rintih silih berganti...ummi terus bacakan doa dan minta kakak minum air doa ummi walaupun usaha kecil ummi masih berharap kesembuhan yang diidamkan...bila mok su sampai bersama pak su, mereka bawa bihun sup..kakak tetap makan denagn rintihan sakitnya itu..mok su pun tak dapat menolongnya...dan akhirnya, ketika hendak tidur, ummi teruskan dengan segala doa dan bacaan selawat shifa' sehingga kakak tertidur dengan sedu tangis kesakitan dan ummi memujuk dengan alunan doa-doa...alhamdulillah, pagi yang penuh kesembuhan buat anak ummi..syukur pada Allah...ummi yakin dengan doa seorang ummi..Alhamdulillah thumma Alhamdulillah...

Keringanan pada sebuah kelelahan

Keletihan ummi dengan pekerjaan seperti sudah dimaklumi oleh anak-anak...ummi jarang balik awal. Ada sahaja perkara yang perlu di bereskan di sekolah kerana memang prinsip kerja ummi, tidak akan membawa balik sebarang kerja sekolah kecuali hal-hal yang tidak dapat dielakkan...dan apakah tidak gembira seorang ummi bila sahaja pulang ingin mengambil anak-anak, mereka akan berlari-lari mendapatkan kita dan seolah-olah tidak sabar ingin bercerita banyak perkara walaupun dalam bahasa yang tidak ummi fahami..aduhai...doaku, berikanlah pahala terbaik buat pengasuh anak-anakku yangg cukup berusaha memberi kasih sayang ketika menjaga mereka..Ya Allah pelihara dan berkatikan kehidupan mereka..ameen..

Anak-anak yang semakin membesar dengan segala usaha dan penerokaan masa depan...moga diri kalian dalam pemeliharaan tuhan dan dikelilingi insan yang saling berkasih sayang...mendidik dengan tarbiyah terbaik pimpinan Ilahi Rabbi...menjadikan kami, ummi dan abi yang sentiasa dibimbing dalam rahmat dan keberkatan agar terbina usrah sakeenah wa mawaddah hingga akhirnya mencipta baldatun toiyibatun wa rabbu ghafur..ameen

DEDIKASI

"Suamiku, wajah kesayangan hamba...terima kasih atas doa dan redhamu dan ketahuilah kasih sayang kami mengiringi derap langkahmu...selamat berjuang walau di mana tempatmu telah Allah takdirkan!"

"Anak-anakku..moga Allah mencintai kalian dengan segala kebaikan dan petunjuk dariNya..ameen"

"Keluarga dan anak-anak saudara kesayanganku...kakak dan abang yang sentiasa aku ingin mereka disampingku walau senang dan susah, mendengar dan bercerita denganku..."

" Sahabatku Yuzilawati, Safwan dan anak-anak yang sentiasa memberikan kami inspirasi, sahabat-sahabat seperjuangan yang dirindui, huda ,ana, zalin, ina, caah, uya , annir, adi, marl, uswatun, ala , shah, sriy, etty, ikin, z,memy,leha, jun, piah, k ima, k dila, k zaim, mas, k su, kasumawati, lid, ija, za,kak nurul, k ha, k wan ct, k ila dan semuanya yang sangat banyak memberikan segala erti dalam kehidupan bermula alam sekolah, universiti dan alam pekerjaanku kini..terima kasih..Allah sahaja yang akan membalas kebaikan kalian."

Jumaat, 26 November 2010

"ADA" YANG PERLU DIHARGAI...

Abah dan emak...kalian amat kusayangi...
Mok...alangkah besarnya pengorbanan dan kekuatan dirimu untuk dicontohi...Daku mengasihimu...


Intro konvensional


Seringkali masa dan keadaan dijadikan sebab dan alasan untuk kita tidak dapat menghulur sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada orang tua kita. Barangkali anak-anak akan menggunakan alasan paling logik untuk berjauhan dengan kedua ibu bapanya. Logik bererti mudah untuk semua orang berfikir dan menerima alasan tersebut. Logik kerana masa dan keadaan memaksa segala perkara tersebut terjadi dan selebihnya alasan hanya tinggal alasan. Anak-anak semakin lalai dengan logik tersebut dan menyalahgunakan alasan logik tersebut malahan menambah lagi dengan pelbagai situsi tambahan yang kadangkala tercipta, dicipta, tidak disengajakan dan disengajakan. Aduhai...ibu bapa ku...anakmu bekerja...anakmu ini sedang belajar...anakmu ini sedang sibuk mencari rezeki di rantau orang...anakmu ini sedang sibuk menimba ilmu di lembah keilmuaan...aduhai ibu bapaku..moga kalian mengerti kita berjauhan di mata namun dekat di hati...


Membina kasih sayang


Semua orang akan sibuk bekerja. Setiap hari ada sahaja kerja yang dibuat. Secara rasmi atau tidak rasmi. Ibu bapa kita pun sibuk bekerja. Ada ibu bapa yang tidak kisah pada perhatian anak-anak. Namun, bukan semua begitu. Ramai ibu bapa terutama yang sudah lanjut usia amat merindukan perhatian anak-anak. Sikap dan tanggungjawab anak-anak yang sudah berkeluarga pasti sudah bertambah terutama dengan kehadiran cucu-cucu mereka. Usia emas mereka mereka usia untuk menikmati kasih sayang keseluruhan ahli keluarga. Sikap dan teladan kasih sayang yang disemai bermula dari anak -anak kecik,sehingga melahirkan cucu dan seterusnya mewujudkan generasi-generasi yang terus berkasih sayang.Kemudahan teknologi kini memungkinkan segalanya. Telefon dan bertanya khabar pasti memberikan hasil komunikasi yang baik.Ibu bapa moden sentiasa bijak memastikan budaya telefon, khidmat mesej pesanan ringkas (sms) dan kemudahan internet memberi kesan kasih sayang segar dengan anak-anak mereka.


Harga "ada"


Bagaimana ye komunikasi kita dengan anak-anak kita suatu hari nanti? Moga-moga kita menjadi anak-anak yg terus berkhidmat dan menjaga sikap kita dengan ibu bapa yang kita miliki sekarang ini...


Sekelumit Kisah Tidak rasmi Abahku sayang....


Rindu ingin kembali ke zaman kanak-kanak...walaupun ada kisah yang akan aku ingati bila abah pernah kejar dengan kayu dan marah aku dan adik sebab lambat bersiap nak pergi kelas mengaji...hasilnya cukup baik kerana kami sudah pandai mengaji dan khatam al-quran dengan baik.. Abahku tidak garang tetapi tegas. Disebabkan abah jarang marah, sedikit sahaja nada suaranya tinggi, aku sudah mula ingin menangis dan sedih di hati. Ingin merajuk tetapi aku bukannya pandai merajuk. Pernah abah bersusah payah menghantar aku dan adik ke sekolah dengan kereta uzurnya yang terlalu besar khidmatnya kepada kami. Kereta uzur (JAF) abah itu berbau getah. Kereta abah ada sampai sekarang. Masih lagi setia berkhidmat untuk mengangkut getah sekerap abah. Dulu warna kereta biru, sekarang sudah di cat hijau. Alhamdulillah.


Abah tidak pernah bosan bercerita kepadaku mengenai kesusahan hidupnya zaman dulu. Abah dibesarkan dalam keluarga yang besar. Abahku anak kedua. Rutin semasa abah baru mencecah usia kanak-kanak, abah sudah menternak kambing dan lembu milik arwah atuk yang berhijrah dari tanah jawa. Sebab itulah aku ada darah keturunan jawa. Abah begitu minat membaca. Abah minat belajar. Abah belajar hingga darjah 7! Wah, dulu ada sampai darjah 7..abah diterima sebagai tenaga pengajar. JAdilah abah guru sementara. Apabila harga getah naik pada zaman abah sudah seronok menjadi seorang pendidik, desakan untuk mencari wang untuk kelurga menggamit hati abah yang baru mula bekeluarga untuk menambah pendapatan di estate. Maka Abah berhijrah dan menjadi seorang penoreh getah. Aku rasa dan aku anggarkan...sekiranya abah terus berkhidmat sebagai guru, abah boleh dapat jadi gurubesar! aku suka abah dapat jadi Jusa A..hihi..


Abahku seorang yang suka bekerja. Abah suka pada kerja kampung. Abah suka berkebun, menanam pokok buah-buahan,menebas, mencangkul, membuat aktiviti yang melibatkan tenaga yang bukan sedikit. Abah pernah memiliki dan menjayakan pertanian kelompok seingat diriku abah pernah mngerjakan sawah padi, menanam tebu ,durian, koko, mangga "Melaka Delite" , kelapa sawit , getah dan sekarang abah masih terus bekerja. Abahku pernah memenangi anugerah peringkat negeri dan kebangsaan atas usahanya terhadap pertanian kelompok di kawasan kampung. Hadiah wang tunai dan pembinaan Unit Peladang Kampung hasil dari titik peluh abah dan sahabat-sahabat seangkatan dengannya. Rezeki abah berbudi kepada tanah. Abah juga bercita-cita besar , luas dan tinggi pengalaman hidupnya...Orangnya tidak lokek dengan ilmu dan pertolongan.


Abah sudah mencecah usia emas..abah akan mencapai umur 73 tahun dan pernah abah bersuara, abah sudah tiada kawan...aku merasai kesedihan abah namun aku tahu abah orangnya kuat dan jelas matlamat..,kawan abah ialah mak. Itulah sahabat baik abah..aku ingin terus berdoa dan terus berdoa moga Abahku panjang umur dalam iman dan amal dan Allah memberkati kehidupan Abah dengan taufiq dan inyahNya. Abah terus dikurniakan kekuatan, kesihatan dan kebahagiaan dengan kasih sayang anak-anak yang soleh dan solehah. Aku amat menyayangi abah yang sentiasa menggembirakan keluargaku dengan gelak tawanya...Abah adalah ganti ayah kepada suamiku...Abah ada sumber inspirasiku untuk terus kuat menabur bakti dan ikhlas dalam setiap kerja...


Sekelumit Kisah tidak rasmi emak yang kucinta...


Emak sakit lutut...kesian mak..Alhamdulillah semakin baik setelah makan ubat yang doktor bagi. Emak yang amat kukasihi orangnya tidak sepetah abah...emak orang yang berhati mulia...tidak pernah ku dengar emak mengata orang, mengumpat orang jauh sekali menyebut keburukan orang. Kalau emak ingin bercerita sekalipun ayat emak berlapik. Aduh, emak yang sanagt rajin bekerja ini adalah pembantu setia abah. Abah pernah memiliki sebuah kedai runcit dan emak adalah "tokey" kedai.


Emak tidak berpelajaran. Emak tidak pernah bersekolah. Sejarahnya kerana emak mengikut sahabat baiknya yang tidak bersekolah. Akhirnya emak tidak tahu membaca dan menulis rumi. Emak hanya dapat pendidikan tidak formal dengan mengaji sahaja. Sebab itulah emak lebih kenal huruf jawi. Kelebihan emak ialah emak rajin belajar. Emak pandai mengira dan boleh menulis angka dengan baik. Emak rajin belajar dengan kawan2 mak yang pergi ke sekolah. Walaupun tidak pandai menulis, mak rajin bertanya. Emak tidak malu untuk belajar dengan anak-anaknya. Masih ku ingat lagi, emak belajar menulis A-Z di dalam buku latihan semasa menjaga kedai. Bila mak tak tahu, maka akan bertanya padaku. PEnuh buku latihan emak. Aku pula berlagak cikgu dengan menanda buku emak..hihi...Itu semua berlaku 20 tahun yang lalu...Alhamdulillah...sekarang emak dah pandai membaca dan menulis rumi.


Emak suka memasak bila anak-anak balik dari asrama. MAsih ku ingat lagi, emak akan bekalkan aku sambal tempe goreng atau sambal ikan bilis campur kacang tanah semasa bukan ramadhan ketika aku belajar di asrama. Setiap kali ramadhan, hidangan emak menjadi makanan sahur yang paling enak di dunia...waduuhhh...bersama nasi panas di dewan makan asrama...Perkara paling aku sedih bila makanan yang mak telah masak, tidak habis di makan. Aku sanggup habiskan walaupun basi.... ada satu peristiwa, mee goreng yang emak masak emak bekalkan..masih panas dan sedap baunya...mak dan abah hantar ketika petang ahad di asrama...aku sibuk nak turun dewan makan dan bersiap untuk solat maghrib dan isya' berjamaah di surau..setelah itu kelas prep bermula..aku lupa dengan mee mak yang aku tutup bekas sdgkan mee masih panas..balik prep baru teringat mee mak..alangkah sedihnya bila tengok mee mak yang sudah sedikit lembik kerana wap panas...dengan doa dan hati yg sedih, aku makan (sebab mmg lapar) dan tak nak biarkan masakan mak tidak terusik...aku membayangkan susah payah mak masak dan mak datang hantar makanan ke asrama...alhamdulillah...perutku tak sakit..aku menikmati makanan tersebut tanpa ragu...(kalau org yg baca ni msti rasa geli..hihi). Kadang-kadang perangai tersebut masih terbawa-bawa sampai sekarang...aduhai mak...besar betul penangan air tangan mak yang penuh kasih sayang itu...(aku tahu semua adik beradikku pun begitu juga tanpa terkecuali!!)


Aku menyayangi mak...aku tahu mak ingin bercakap dan bercerita dengan anak-anak...tp mak lebih suka mendengar..barangkali...anak-anak mak semua banyak cerita bila balik ke kampung...kalau telefon akan tanya perkara yang sama..mak apakhabr?sihat?mak masak ape hari ni?kaki mak mcamana?


Emak juga masih sibuk bertanya samaada aku dah solat ke belum sama seperti aku kecil dan remaja....emak akan tanya dengan semua anak-anak mak...alhamdulillah...mak bukannya ustazah tapi mak mcm ustazah buatku...dalam keadaan kali mak sakit dan duduk antar dua sujudnya tidak sesempurna orang yang tidak sakit kaki dan lutut, emak tetap taat mengerjakan solat. Aduhai emak yang amat ku cinta...aku ingin terus berdoa...mudah-mudahan Allah limpahkan rahmat, keberkatan, kebahagiaan, mengabulkan doa emak dan memudahkan urusan dunia dan akhirat mak...


Emak tidak jemu berusaha. Emak tidak jemu belajar. Emak berusaha untul kembali sihat dan berjalan seperti sediakala untuk kembali menoreh getah dan membantu abah. Mujur cuti sekolah, abah sudah ada pembantu di kebun getahnya. Anak saudaraku Faiq Helmi yang baru habis PMR dan Mohd Hazim yang berumur 10 tahun.

Anak-anak emak insyaAllah hampir semua sudah berkeluarga. Anak emak yang bongsu juga akan mendirikan rumahtangga. Ingin sahaja setiap hari aku memeluk emak dan menciumnya kerana emaklah yang selalu memeluk dan menciumku ketika kami kecil. Emak sudah mempunyai 23 orang cucu. KAsih emak tetap hangat dan bila emak tersenyum, kau rasa sanagt bahagia...izinkan YA Allah, kami terus membahagiakan emak dan abah.....

Doa buat emak, abah dan keluarga yang amat kukasihi, kusayangi ku cintai dengan sepenuh hati...saudara mara yang jauh di mata, dekat di hati, sahabat yang sentiasa mendoakan diri ini...

"YA Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku..kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku ketika aku kecil...Ya Allah, limpahkan rahmat,keberkatan,kemuliaan dan kasih sayangMu kepada ibu bapaku, ibu mertuaku, kaum keluargaku, saudara-maraku dan sahabat-sahabatku dengan iman dan kasih sayang berpanjangan. Panjangkan usia mereka dengan segala kebaikan dan kemuliaan kehidupan di dunia dan di akhiratMu Ya Allah... Peliharakanlah kami dari segala marabahaya dan petaka. Kurniakan kami keselamatan dan lindungi kami dari kejahatan jin dan manusia. Kurniakan rezeki yang berkat dan halal untuk kami berikan kepada keluarga dan anak-anak kami.Berikan kesempatan untuk kami beramal ibadah dan membuat kebaikan di dunia dan tunjuki kami jalan yang lurus,jalan yang Engkau redhai ya Allah...Permudahkan urusan dunia dan akhirat kami YA Allah....



YA Allah , cucuri rahmat ke atas roh ayah mertuaku, arwah kakakku, atuk dan nenekku,pakcik dan makcikku dan arwah org2 yang telah meninggalkan kami. Tempatkan mereka di kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh..ameen ya rabbal 'alamin..."